airterjunpalaheader

Berlatarbelakangkan alam semulajadi, ianya sesuai untuk aktiviti "Jungle Trekking" dan mandi-manda. Terletak lebih kurang 45 minit perjalanan darat daripada Bandar Sarikei dan 45 minit berjalan kaki dari rumah panjang terdekat, ianya sesuai untuk anda yang sukakan aktiviti lasak.

Dalam bahasa Iban,Pala Munsoh bermakna Ketua Musuh. Satu cerita yang berkaitan dengan tempat tersebut dimana ia mendapat nama adalah pahlawan-pahlawan Iban membasuh parang mereka di sini selepas berjaya memancung kepala musuh-musuh mereka pada masa tradisi memburu kepala dilakukan dahulu kala. Pihak berkuasa membawa Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Dr James Dawos Mamit, untuk melawat rumah panjang Rumah Nyuka di Bayong, Ulu Sarikei dan air terjun Pala Munsoh pada 12 Jan 2011 dan diminta untuk membangunkan lebih banyak kemudahan asas seperti jalan-jalan yang diturap tar, tempat berehat seperti pondok-pondok, tandas awam agar ia dapat menarik lebih ramai pelancong ke air terjun pala munsoh.

airterjunpala

Suatu aliran sungai yang bersih mengalir berdekatan tempat tersbut dan anda boleh melihat pelbagai jenis tumbuhan-tumbuhanan dan pokok-pokok yang menghijau.  Pelancong juga boleh melihat ladang lada, sawah padi dan pokok-pokok getah disekitar kawasan itu yang diuruskan oleh peladagan tempatan yang tingal berdekatan kawasan tersebut. Pelancong boleh belajar dan mendapat ilmu bagaimana untuk menanam tanaman-tanaman ini.

Untuk ke Air Terjun tersebut dengan berjalan kaki mengambil masa kira-kira satu jam melalui pelbagai jenis pokok termasuk pokok belian, engkabang dan pokok-pokok durian. Ia akan memudahkan para pelancong jika lembaga pelancongan boleh meletakkan tag untuk melabelkan pokok untuk meluaskan lagi pengetahuan para pelancong. Sambil berjalan menuju ke destinasi, para pelancong dapat melihat tag-tag jenis dan nama pokok tersebut. Ganjaran berjalan kaki selama satu jam adalah pemandangan air terjun 3 peringkat. Paras air menjadi rendah semasa musim panas di sekitar bulan Jun.Suhu udara sekitar air tejun tersebut sangat segar dan sejuk. Pala Munosh boleh menjadi tarikan yang menarik seperti Taman Rimba Sebangkoi jika pelbagai kemudahan asas di bina dan disediakan terutama nya jalan masuk menuju ke Rumah Panjang Nyuka dan juga Air Terjun.

rumahpanjang

Rumah Panjang Nyuka mempamerkan budaya Iban, kraftangan, makanan dan minumantradisional. Rumah panjang baru boleh dibina berdekatan dengan kawasan ini tetapi rumah panjang lama mestilah dikekalkan dalam keadaan tradisional untuk mengekalkan potensi eko pelancongan dan juga menarik pelancong-pelancong dari daerah atau luar negeri datang kesini.

Terdapat 3 laluan yang dapat dipakai untuk menuju ke Air Terjun tersebut iaitu:-

      1. Laluan Pala Munsoh - 2 to 2.5 jam dari Rumah panjang ke Air Terjun Pala Munsoh. Air Tejun Tinggkat 3

  • Teruskan pejalanan melimpasi lorong ke Rumah Panjang dan selepas itu pusin ke kiri.
  • Merentasi jambatan Sungai Lemba
  • Pusing ke kanan selepas melepasi jambatan.
  • Pergi meredah laluan hutan.
  • Terdapat 2 persimpangan dan pilih jalan ke kiri.
  • Jika tersesat semasa menuju ke sana, sila mengikuti arus sungai. 
  • Peringatan: Laluan ini sangat gelap semasa waktu malam dan tiada isyarat telephon berdekatan kawasan ini.

      2. Lalaun Pau  - 1 jam dari Rumah panjang ke Air Terjun Pau. Air Terjun Tinggkat 2.

      3. Laluan Ruan - Laluan untuk menuju ke Air Terjun Pala Mansoh dan Air Terjun Pau. Air terjun ini juga digunakan oleh penduduk tempatan.

airterjunpala1

Amaran: Air Terjun tidak mudah untuk dicari tanpa orang tempatan.

Hubungi:
CR. IKAU ANAK AJI
Tel: + 6019-4687518
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Alamat: C / O Rh. Nyuka Ak. Itam, Lubuk Lemba, Ulu Sarikei, 96100 Sarikei, Sarawak