deerfarmheader

Ladang Rusa di seberang Taman Sebangkoi telah wujud sejak tahun 2005 lagi tetapi tidak diketahui ramai oleh kerana tempat lokasi ladang tersebut tersembunyi daripada pandangan orang. Ladang itu terletak di tersembunyi dan berdekatan dengan hutan oleh kerana untuk menjauhkan ternakan daripada bunyi-bunyi kerendaan dan agar ternakan selesa seakan berada di habitat asal mereka. Perjalanan dari Sarikei ke Ladang Rusa mengambil masa kira-kira 30 minit. Ladang Rusa itu mula beroperasi dengan hanya mengharapkan 60 ekor rusa yang diimport dari khas dari Australia. Kini, Rusa tersebut telah membiak sehingga kira-kira 4 generasi rusa dan dikatakan menjadi salah satu ladang rusa yang paling berjaya di Malaysia. Anggaran rusa yang terdapat di kadang tersebut kira-kira 600 ekor rusa.

Ladang Rusa telah dikenali sebagai salah satu tarikan pelancongan yang menarik di Sarikei. Ia akan menarik minat kanak-kanak untuk melawat serta mereka diberi peluang untuk memberi makan kepada rusa-rusa, menyentuh serta merasa, melihat anak rusa manakala orang dewasa yang berminat untuk memahami bagaimana sebuah ladang rusa dijalankan seperti menjaga, membiakan, dan menyembelih rusa. Pihak sekolah ataupun NGO juga dapat mengadakan lawatan-lawatan ke sana bagi membuka mata dan minda murid-murid kepada pengetahuan mengenai rusa. Manakala pihak penternak Ladang Rusa dapat mengiklankan tempat tersebut secara percuma agar orang lain tahu akan kewujudan tempat tersebut.

deerfarm

Daging rusa bukanlah sesuatu yang baru di Sarikei malah ada penjual-penjual kecilan terletak di Pasar Central Sarikei menjual daging rusa dalam kadar yang kecil. Dalam tahun 60-an dan sebelum nya, orang-orang asli memburu rusa liar dan mereka pergi ke bandar untuk menjual di jalan-jalan. Dalam tahun 70-an, terdapat sebuah gerai daging halal di sebelah kanan pintu masuk utama Pasar Central Sarikei. Mereka kadang-kadang menjual daging rusa, daging lembu biasa dan kambing.

Daging rusa tidak dijual setiap hari disebabkan oleh harga yang tinggi sebanyak RM 20-30 per Kg. Pada waktu perayaan seperti Tahun Baru Cina atau Hari Raya, surat khabar seperti Borneo Post akan mengedarkan satu artikel atau iklan memaklumkan tarikh dan masa penyembelihan, nombor telefon untuk pesanan dan tempat untuk membeli daging rusa hasil ternakan Ladang Ternakan Rusa Sebangkoi (pasaran berhampiran Sungai Nyelong Esplanade). Rusa hendaklah membesar selama lebih kurang 3 tahun sebelum mereka matang untuk disembelih. Selain dari daging rusa, Tanduk rusa juga dijual disana sebagai perubatan tradisional cina atau sebagai perhiasan dinding yang bernilai sebanyak RM1,000 sekilo gram. Pelawat amat lah dialu-alukan oleh pengusaha Ladang rusa Sebangkoi. 

Jika ada sebarang pertanyaan, boleh mnghubungi Mr Ting Sing Fee, Tel: +6 084-654573.