nanaheader 

Setiap tahun, “Sarikei Pineapple Fest” atau dikenali sebagai "Pesta Nanas akan dianjurkan oleh Pejabat Residen Bahagian Sarikei dengan kerjasama agensi dan jabatan di Bahagian Sarikei. Sebagai “Food Basket of Sarawak’ diharap melalui pesta ini akan dapat mempromosikan dan seterusnya mengangkat Sarikei sebagai Pusat Agropolis wilayah zon tengah dan destinasi pelancongan Agro Tourism Negeri Sarawak.

AKTIVITI:

  1. Pameran pembangunan, ekspo pertanian dan jualan produk berkaitan bidang pertanian serta peralatan / mesin pertanian berteknologi tinggi ;

  2. Pameran pertanian dan jualan berteraskan buah-buahan, makanan dan lain-lain produk / hasil pertanian ;

  3. Demonstrasi masakan makanan dan/atau kuih- muih berasaskan nanas ;

  4. Pelbagai bentuk hiburan / persembahan kebudayaan, permainan dan sukan tradisional sebagai acara sampingan ;

  5. Sarikei sebagai Pusat Agropolis Wilayah / Zon Tengah Negeri Sarawak.

nanas

OBJEKTIF PENGANJURAN:

  1. Mewujudkan suasana harmoni, menggalakkan kerjasama dan mengeratkan hubungan mesra di kalangan masyarakat berbilang kaum menerusi penglibatan bersama dalam aktiviti ekonomi, sosial, kebudayaan dan sukan.

  2. Menyokong dan mendokong konsep “pertanian adalah perniagaan”.

  3. Membuka ruang dan peluang kepada usahawan tani (Agriculture Players) untuk mempromosi dan menjual segala produk serta input pertanian.

  4. Menggalakkan interaksi dan pertukaran ilmu pengetahuan pertanian di kalangan para petani dan masyarakat amnya.

  5. Mempromosi Sarikei sebagai destinasi pelancongan

 

Ia merupakan salah satu kesan peninggalan sejarah berkaitan Pahlawan Rentap. Untuk sampai ke Bukit Sibau (lokasi Lumbong), anda perlu meneruskan perjalanan ke Pekan Pakan dan menuju ke Ulu Wuak yang mengambil masa satu hari. Amat sesuai untuk anda yang sukakan aktiviti lasak. 

 

deerfarmheader

Ladang Rusa di seberang Taman Sebangkoi telah wujud sejak tahun 2005 lagi tetapi tidak diketahui ramai oleh kerana tempat lokasi ladang tersebut tersembunyi daripada pandangan orang. Ladang itu terletak di tersembunyi dan berdekatan dengan hutan oleh kerana untuk menjauhkan ternakan daripada bunyi-bunyi kerendaan dan agar ternakan selesa seakan berada di habitat asal mereka. Perjalanan dari Sarikei ke Ladang Rusa mengambil masa kira-kira 30 minit. Ladang Rusa itu mula beroperasi dengan hanya mengharapkan 60 ekor rusa yang diimport dari khas dari Australia. Kini, Rusa tersebut telah membiak sehingga kira-kira 4 generasi rusa dan dikatakan menjadi salah satu ladang rusa yang paling berjaya di Malaysia. Anggaran rusa yang terdapat di kadang tersebut kira-kira 600 ekor rusa.

Ladang Rusa telah dikenali sebagai salah satu tarikan pelancongan yang menarik di Sarikei. Ia akan menarik minat kanak-kanak untuk melawat serta mereka diberi peluang untuk memberi makan kepada rusa-rusa, menyentuh serta merasa, melihat anak rusa manakala orang dewasa yang berminat untuk memahami bagaimana sebuah ladang rusa dijalankan seperti menjaga, membiakan, dan menyembelih rusa. Pihak sekolah ataupun NGO juga dapat mengadakan lawatan-lawatan ke sana bagi membuka mata dan minda murid-murid kepada pengetahuan mengenai rusa. Manakala pihak penternak Ladang Rusa dapat mengiklankan tempat tersebut secara percuma agar orang lain tahu akan kewujudan tempat tersebut.

deerfarm

Daging rusa bukanlah sesuatu yang baru di Sarikei malah ada penjual-penjual kecilan terletak di Pasar Central Sarikei menjual daging rusa dalam kadar yang kecil. Dalam tahun 60-an dan sebelum nya, orang-orang asli memburu rusa liar dan mereka pergi ke bandar untuk menjual di jalan-jalan. Dalam tahun 70-an, terdapat sebuah gerai daging halal di sebelah kanan pintu masuk utama Pasar Central Sarikei. Mereka kadang-kadang menjual daging rusa, daging lembu biasa dan kambing.

Daging rusa tidak dijual setiap hari disebabkan oleh harga yang tinggi sebanyak RM 20-30 per Kg. Pada waktu perayaan seperti Tahun Baru Cina atau Hari Raya, surat khabar seperti Borneo Post akan mengedarkan satu artikel atau iklan memaklumkan tarikh dan masa penyembelihan, nombor telefon untuk pesanan dan tempat untuk membeli daging rusa hasil ternakan Ladang Ternakan Rusa Sebangkoi (pasaran berhampiran Sungai Nyelong Esplanade). Rusa hendaklah membesar selama lebih kurang 3 tahun sebelum mereka matang untuk disembelih. Selain dari daging rusa, Tanduk rusa juga dijual disana sebagai perubatan tradisional cina atau sebagai perhiasan dinding yang bernilai sebanyak RM1,000 sekilo gram. Pelawat amat lah dialu-alukan oleh pengusaha Ladang rusa Sebangkoi. 

Jika ada sebarang pertanyaan, boleh mnghubungi Mr Ting Sing Fee, Tel: +6 084-654573.

 

airterjunpalaheader

Berlatarbelakangkan alam semulajadi, ianya sesuai untuk aktiviti "Jungle Trekking" dan mandi-manda. Terletak lebih kurang 45 minit perjalanan darat daripada Bandar Sarikei dan 45 minit berjalan kaki dari rumah panjang terdekat, ianya sesuai untuk anda yang sukakan aktiviti lasak.

Dalam bahasa Iban,Pala Munsoh bermakna Ketua Musuh. Satu cerita yang berkaitan dengan tempat tersebut dimana ia mendapat nama adalah pahlawan-pahlawan Iban membasuh parang mereka di sini selepas berjaya memancung kepala musuh-musuh mereka pada masa tradisi memburu kepala dilakukan dahulu kala. Pihak berkuasa membawa Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Dr James Dawos Mamit, untuk melawat rumah panjang Rumah Nyuka di Bayong, Ulu Sarikei dan air terjun Pala Munsoh pada 12 Jan 2011 dan diminta untuk membangunkan lebih banyak kemudahan asas seperti jalan-jalan yang diturap tar, tempat berehat seperti pondok-pondok, tandas awam agar ia dapat menarik lebih ramai pelancong ke air terjun pala munsoh.

airterjunpala

Suatu aliran sungai yang bersih mengalir berdekatan tempat tersbut dan anda boleh melihat pelbagai jenis tumbuhan-tumbuhanan dan pokok-pokok yang menghijau.  Pelancong juga boleh melihat ladang lada, sawah padi dan pokok-pokok getah disekitar kawasan itu yang diuruskan oleh peladagan tempatan yang tingal berdekatan kawasan tersebut. Pelancong boleh belajar dan mendapat ilmu bagaimana untuk menanam tanaman-tanaman ini.

Untuk ke Air Terjun tersebut dengan berjalan kaki mengambil masa kira-kira satu jam melalui pelbagai jenis pokok termasuk pokok belian, engkabang dan pokok-pokok durian. Ia akan memudahkan para pelancong jika lembaga pelancongan boleh meletakkan tag untuk melabelkan pokok untuk meluaskan lagi pengetahuan para pelancong. Sambil berjalan menuju ke destinasi, para pelancong dapat melihat tag-tag jenis dan nama pokok tersebut. Ganjaran berjalan kaki selama satu jam adalah pemandangan air terjun 3 peringkat. Paras air menjadi rendah semasa musim panas di sekitar bulan Jun.Suhu udara sekitar air tejun tersebut sangat segar dan sejuk. Pala Munosh boleh menjadi tarikan yang menarik seperti Taman Rimba Sebangkoi jika pelbagai kemudahan asas di bina dan disediakan terutama nya jalan masuk menuju ke Rumah Panjang Nyuka dan juga Air Terjun.

rumahpanjang

Rumah Panjang Nyuka mempamerkan budaya Iban, kraftangan, makanan dan minumantradisional. Rumah panjang baru boleh dibina berdekatan dengan kawasan ini tetapi rumah panjang lama mestilah dikekalkan dalam keadaan tradisional untuk mengekalkan potensi eko pelancongan dan juga menarik pelancong-pelancong dari daerah atau luar negeri datang kesini.

Terdapat 3 laluan yang dapat dipakai untuk menuju ke Air Terjun tersebut iaitu:-

      1. Laluan Pala Munsoh - 2 to 2.5 jam dari Rumah panjang ke Air Terjun Pala Munsoh. Air Tejun Tinggkat 3

  • Teruskan pejalanan melimpasi lorong ke Rumah Panjang dan selepas itu pusin ke kiri.
  • Merentasi jambatan Sungai Lemba
  • Pusing ke kanan selepas melepasi jambatan.
  • Pergi meredah laluan hutan.
  • Terdapat 2 persimpangan dan pilih jalan ke kiri.
  • Jika tersesat semasa menuju ke sana, sila mengikuti arus sungai. 
  • Peringatan: Laluan ini sangat gelap semasa waktu malam dan tiada isyarat telephon berdekatan kawasan ini.

      2. Lalaun Pau  - 1 jam dari Rumah panjang ke Air Terjun Pau. Air Terjun Tinggkat 2.

      3. Laluan Ruan - Laluan untuk menuju ke Air Terjun Pala Mansoh dan Air Terjun Pau. Air terjun ini juga digunakan oleh penduduk tempatan.

airterjunpala1

Amaran: Air Terjun tidak mudah untuk dicari tanpa orang tempatan.

Hubungi:
CR. IKAU ANAK AJI
Tel: + 6019-4687518
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Alamat: C / O Rh. Nyuka Ak. Itam, Lubuk Lemba, Ulu Sarikei, 96100 Sarikei, Sarawak

 

merdekasquareheader

Taman Merdeka Square telah dibuka dan dirasmikan pada 23 Mei 2004. Ia terletak ditengah-tengah ruang terbuka diantara kedai-kedai di tengah bandar. Taman tersebut berdekatan dengan Pasar Central Sarikei, Open Air dan juga Tandas Awam yang dihiasi dengan mural flora dan fauna. Taman Merdeka mempunyai air pancut berirama, pondok-pondok berehat, tiang-tiang lampu, kerusi dan beberapa mercu tanda seperti yang terdapat di Esplanade Sungai Nyelong.

merdekasquare

Taman Merdeka Square adalah tempat yang sesuai untuk keluarga beridah dan berehat sebentar untuk menikmati pemandangan lebih-lebih lagi melihat keindahan air pancut yang bergerak mengikuti irama. Pada waktu malam, lampu berwarna-warni akan menerangi taman tersebut mengikuti dengan alunan air pancut bergerak-gerak menghasilkan suasana yang tenang dan romantik. Terdapat kedai-kedai yang lama dan masih bertahan dari dahulu lagi di sekeliling kawasan Taman Merdeka Square.