PINTU DEPAN PI1M

PUSAT INTERNET (PI) Kampung Seberang, Sarikei, Sarawak mengucapkan Selamat Datang dan Terima Kasih kepada pengunjung yang sudi melawat laman portal komuniti kami.

 

PUSAT INTERNET merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence Sdn Bhd. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat. Terdapat sebanyak 12 PUSAT INTERNET untuk Fasa Rintis, 73 pusat untuk Fasa 1, 52 pusat untuk Fasa 2, dan 31 pusat untuk Fasa Felda serta 110 pusat Fasa 4 serta Fasa-fasa baru yang sedang dibangunkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka.

 

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhasrat menjadikan PUSAT INTERNET (PI) untuk merangkaikan setiap lapisan komuniti melalui rangkaian Internet sedia ada seperti kerajaan elektronik, rangkaian sekolah-sekolah (schoolNet), klinik, perpustakaan dan sebagainya ke arah mewujudkan Rangkaian Komuniti Berpengetahuan ini adalah sejajar dengan wawasan negara untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bermatlamat menjelang tahun 2020.

 

Sebagai persediaan ke arah tersebut, setiap PUSAT INTERNET (PI) diberikan tugas untuk memaparkan satu laman web yang beridentitikan tempatan, di mana isi kandungannya menjurus kepada maklumat tempatan.

 

Pada masa hadapan, kementerian berhasrat menjadikan PUSAT INTERNET (PI) sebagai pusat untuk pelbagai perkhidmatan seperti berikut:

 

  • E-Perkhidmatan Kerajaan (e-Government)
  • E-Pembelajaran (e-Learning)
  • E-Dagang (e-Commerce)
  • Pengumpulan dan pertukaran maklumat
  • Pusat Komunikasi
  • Pusat pembangunan aplikasi berdasarkan perkongsian perisian
  • Pusat peperiksaan dan persijilan

 

IMG 0496 800x600IMG 0499 800x600 

 

PUSAT INTERNET (PI) Kampung Seberang terletak di Jalan Allamanda, Kampung Seberang, Sarikei. Kedudukan PUSAT INTERNET (PI) Kampung Seberang yang bersebelahan dengan Dewan Serbaguna memudahkan komuniti setempat untuk mencapai kemudahan yang disediakan. PUSAT INTERNET (PI) Kampung Seberang telah mula beroperasi sejak Disember 2013. Antara kemudahan yang disediakan adalah penggunaan komputer dan internet, khidmat cetakan, laminating, bindingscanning, dan kelas latihan dan pembangunan.

 pi1mmap

 

Antara kelas latihan & pembangunan yang disediakan termasuklah Kelas Latihan Microsoft Office MS 2010, Adobe Photoshop CS6, Asas Pembangunan Laman Web, Media Baru (Facebook, Twitter, Instagram) dan Kelas Keusahawanan. Sebarang permintaan untuk mengadakan kelas-kelas tersebut, bolehlah menghubungi pihak kami.

 

Waktu Operasi Pi Kg Seberang, Sarikei (2017): 

 

                         Buka        : Setiap Hari

 

                         Jam          : 8.00 pagi - 5.00 petang

 

                         Ditutup    :  Cuti Umum