50999729 780581005641993 6058176895722192896 n

Bantuan Sara Hidup (BSH)
Permohonan BSH dibuka mulai 1 Februari - 15 Mac. Penduduk di sekitar Sarikei boleh memohon BSH di Pusat Internet Kg Seberang. Pemohon perlu membawa dokumen sokongan seperti berikut :

i) Pemohon :

a) Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
b) Salinan Sijil Kematian Pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; atau
c) Sijil Penceraian (asal dan salinan) yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN; atau
d) Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah

ii) Pasangan :

a) Salinan pengenalan Pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS);
atau 
b) Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan / No. KP Lama / Sijil Lahir

iii) Anak :

a) Salinan MYKad / Sijil Lahir (Anak Kandung)
8) Salinan MYKad / Sijil Daftar (Anak Angkat) yang dikeluarkan JPN

Kategori yang layak bagi permohonan BSH 2019 adalah seperti berikut:
i. Kahwin; atau
ii. Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak;
atau
iii. Warga emas sebatang kara