USAHAWAN KECIL

Nama : Nurfatin Khadijah Binti Abdullah
Umur : 29 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Nurfatin Khadijah Binti Abdullah berumur 29  tahun dan  berasal daripada Sarikei. Beliau menetap di Lot 164, Lrg 1, Jln Allamanda, Kampung Seberang, 96100 Sarikei, Sarawak.  Beliau boleh dihubungi melalui no telefon 014-2854954 dan dia juga boleh dihubungi melalui applikasi watsapp. Nurfatin Khadijah Binti Abdullah telah menjadi ahli  di PI Kg Seberang  sejak Oktober 2017. Beliau merupakan seorang guru Tadika KEMAS, Sarikei. Dalam masa yang sama, beliau turut menjalankan peniagaan sulaman sebagai pendapatan sampingan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum terlibat dengan sebarang kemudahan dan pengetahuan ICT, beliau mempromosikan produk melalui akaun facebook personal dan tidak mempunyai facebook page. Beliau juga tidak tahu cara-cara untuk mengambil gambar produk secara profesional dan cara untuk mengedit gambar untuk di masukkan ke dalam facebook.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas terlibat dengan PI1M, beliau mempunyai Page Facebook  dan Instagram sendiri bagi mempromosikan perniagaan beliau dengan lebih berkesan. Dalam masa yang sama, beliau mempelajari cara-cara penggunaan Adobe Photoshop & Canva. Dengan ini, beliau dapat edit gambar-gambar untuk kelihatan lebih cantik dan menarik. Kelebihan mempelajari applikasi berikut adalah beliau dapat menggunakan applikasi tersebut untuk mencipta logo perniagaan sendiri. 

Setelah berkunjung ke PI, beliau juga mempelajari asas fotografi produk. Tujuan mempelajari asas ini adalah agar gambar-gambar produk yang ingin di promosi kelihatan menarik dan cantik agar dapat menarik minat pembeli dan meningkatkan hasil jualan.

USAHAWAN KECIL 

Nama : Siti Nur Ain Binti Zaifuri
Umur : 29 tahun
Ahli : 2014

 

Latar belakang

Siti nur ain berumur 29  tahun dan  berasal daripada Sarikei. Beliau tinggal di Lot 1608, Jalan Rambai, Kg Seberang, Sarikei, Sarawak.  Beliau boleh dihubungi melalui no telefon 014-2054255 dan dia juga boleh dihubungi melalui applikasi watsapp atau menerusi email iaitu Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. Siti nur ain telah menjadi ahli  di PI Kg Seberang  sejak April 2014. 

Beliau merupakan seorang ibu kepada seorang anak berusia 6 tahun serta isteri kepada seorang pesakit Strok. Beliau merupakan seorang tukan cuci di Sk Sarikei. Oleh kerana gaji sebagai seorang tukang cuci hanya berjumlah RM920 sebulan, beliau menjalankan peniagaan kecil-kecilan untuk menanggung ibu, nenek dan 3 orang anak saudara yang tinggal bersama beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum beliau terlibat dengan PI, pendapatan kasar beliau hanya lah sekitar RM920 dan beliau tidak mempunyai apa-apa medium untuk mempromosikan produk-produk jualan beliau seperti facebook, instagram dll. Beliau juga kurang mahir menggunakan komputer dan applikasi-applikasi seperti ms word, excel dan powerpoint. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan beliau selepas terlibat dengan Pusat Internet Kg seberang dan penggunaan ICT meningkat dari RM920 kepada sekitar RM1,300 sebulan. Daripada bisnes yang dijalankan oleh beliau menggunakan kemudahan ICT, pendapatan beliau meningakat sebanyak 30%

Selepas terlibat dalam PI, beliau mula mengikuti pelbagai kelas komputer dan mengikuti aktiviti-aktiviti serta program-program yang dijalankan oleh Pusat Internet Kg Seberang. Beliau belajar cara mengunakan Microsoft Word dan juga cara-cara untuk mempromosikan produk dan peniagaan di laman sosial ex. Facebook. Klik disini...

PI membantu beliau mempromosikan produk melalui facebook, memberi kelas percuma kepada beliau dan juga banyak mengadakan kursus dan kelas-kelas berbentuk ICT yang banyak membantu beliau dan juga komuniti yang lain tentang cara-cara penggunaan internet dengan betul. Selain daripada itu, PI1M juga mengadakan pertandingan yang menyuntik semangat beliau untuk terus memperhebatkan promosi-promosi beliau di Facebook ex. Pertandingan Usahawan Online Paling Aktif yang dijuarai oleh beliau pada Hari Bersama Komuniti tahun 2016 yang lepas. 

Melalui PI, beliau banyak belajar menggunakan internet dan semakin mahir mempromosikan perniagaan beliau melalui facebook. Pengalaman dan kemahiran yang beliau dapat daripada PI1M amat membantu beliau dalam menambah pendapatan serta mencari peluang yang lebih luas untuk masa hadapan.

BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama : Nur Farhanah Binti Mohd Sa'ed
Umur : 23 tahun
Ahli : 2015

 

Latar belakang

Nur Farhanah Binti Mohd Sa'ed berumur 23  tahun dan  tinggal di Jalan Allamanda , Lorong 3, Kampung Seberang Sarikei, Sarawak.  No telefon beliau adalah 014-5778096 dan beliau juga boleh dihubungi melalui applikasi watsapp. Nur Farhanah telah menjadi ahli  di PI Kg Seberang  sejak tahun 2015. Beliau merupakan seorang pelajar lepasan SPM tahun 2013 dan masih lagi menganggur.  

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum berkunjung ke PI1M, beliau belum menguasai dan belum lagi memiliki apa-apa sijil berkaitan dengan kemahiran komputer. Beliau juga tidak berapa tahu mengenai peralatan dan komponen komputer atau fungsi-fungsi setiap komponen komputer. Beliau hanya tahu menggunakan applikasi Ms Word secara asas sahaja dan tidak tahu cara penggunaan Ms Office dan Ms Excel.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah beliau berkunjung dan menghadiri kelas-kelas ICT yang dijalankan di PI Kg Seberang, beliau mula pandai menggunakan kesemua applikasi Ms Office secara lebih advance seperti mencipta poster menggunakan word, chart, table dan graf menggunakan excel dan juga menyediakan satu presentation slide menggunakan powerpint. Lebih-lebih lagi, beliau sekarang mempunyai sijil-sijil kemahiran ICT yang berguna untuk mendapatkan kerja pada masa akan datang.

USAHAWAN KECIL

Nama : Siti Nur Afiqah Binti Hj Morshidi
Umur : 23 tahun
Ahli : 2016

 

Latar belakang

Siti nur afiqah berumur 23  tahun dan  berasal daripada Sarikei. Beliau menetap di No. 11, Jalan Pipit, Sarikei, Sarawak.  Beliau boleh dihubungi melalui no telefon 012-8947579 dan dia juga boleh dihubungi melalui applikasi watsapp. Siti nur afiqah telah menjadi ahli  di PI Kg Seberang  sejak Ogos 2016. Beliau merupakan seorang guru KAFA di Sk Abang Haji Matahir, Sarikei. Dalam masa yang sama, beliau turut menjalankan peniagaan syarikat persendirian ditubuhkan oleh ibu dan arwah bapa beliau iaitu Morida Enterprise dengan menjual pelbagai jenis kuih brownies, cheesekut dan coklat jar di facebook. Klik disini dan juga instagram "Familieslicious".

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum terlibat dengan sebarang kemudahan dan pengetahuan ICT, pendapatan beliau daripada perniagaan beliau sebulan sekitar RM1,500 tetapi selepas terdedah kepada ICT dan melibatkan diri di Pusat Internet Kg Seberang, gaji beliau meningkat lebih dari gaji beliau sebelum nya. Cara promosi juga terhad kepada hanya jualan direct selling dan facebook. Penggunaan Facebook Page belum lagi diapplikasikan. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas terlibat dengan PI1M, beliau mula mengikuti pelbagai kelas komputer dan mengikuti aktiviti-aktiviti serta program-program yang dijalankan oleh Pusat Internet Kg Seberang. Melalui PI, beliau terlibat dalam kursus asas pembangunan laman web ex. Weebly dan cara mempromosikan product-product atau peniagaan melalui laman sosial ex. facebook, instagram atau blog. 

PI membantu beliau mengembangkan perniagaan dengan mempromosikan produk-produk jualan beliau melalui Facebook, memberi kelas secara percuma kepada beliau, mengadakan kursus dan kelas-kelas yang berbentuk ICT kepada beliau dan juga komuniti yang lain dan menyediakan platform untuk beliau menjual Coklat Jar.

Melalui PI, beliau banyak mendapat pengetahuan menggunakan internet dan semakin mahir mempromosikan perniagaan beliau di Facebook. Pengalaman dan kemahiran yang beliau dapat daripada PI amat membantu dalam menambah pendapatan serta mencari peluang perniagaan yang lebih luas untuk masa hadapan.