BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama : Awangku Shahrulnizam Bin Awangku Shahferi
Umur : 22 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Awangku Shahrulnizam merupakan guru kafa yang berkhidmat di Sk Agama (MIS) Sarikei dan sekarang sedang menyambung pelajaran secara pengajian jarak jauh dalam Bacgelor Of Education di AEU. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menghadiri Kem ICT, beliau tidak pernah menjejakkan kaki ke Pusat Internet Kampung Seberang. Sebelum menyertai Bengkel Ms Office jangka masa panjang , beliau hanya pernah menggunakan Microsoft Word dan tidak pernah membuat apa-apa tugasan dengan menggunakan Microsoft Excel dan Microsoft Powerpoint. Kepantasan beliau menaip juga agak rendah dan lambat kerana posisi tangan di atas papan kunci adalah salah. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti Bengkel Ms Office jangka masa panjang yang lalu, beliau telah diajar cara dan teknik membuat tugasan dengan menggunakan Microsoft Excel dan Microsoft Powerpoint. Beliau mula mengetahui cara-cara untuk menggunakan Ms Office dengan betul dan mengetahui funsi-fungsi tools yang ada didalam setiap ms office. Kepantasan beliau menaip juga meningkat setelah diajar cara posisi tangan yang betul dan belatih menggunakan applikasi atas talian 10 fast fingers. 

Saya merupakan Guru Kafa yang berkhidmat di SK Agama (MIS) Sarikei dan sekarang sedang menyambung pelajaran secara pengajian jarak jauh dalam Bacgelor Of Education di AEU.