USAHAWAN KECIL

Nama : Siti Nur Afiqah Binti Hj Morshidi
Umur : 23 tahun
Ahli : 2016

 

Latar belakang

Siti nur afiqah berumur 23  tahun dan  berasal daripada Sarikei. Beliau menetap di No. 11, Jalan Pipit, Sarikei, Sarawak.  Beliau boleh dihubungi melalui no telefon 012-8947579 dan dia juga boleh dihubungi melalui applikasi watsapp. Siti nur afiqah telah menjadi ahli  di PI Kg Seberang  sejak Ogos 2016. Beliau merupakan seorang guru KAFA di Sk Abang Haji Matahir, Sarikei. Dalam masa yang sama, beliau turut menjalankan peniagaan syarikat persendirian ditubuhkan oleh ibu dan arwah bapa beliau iaitu Morida Enterprise dengan menjual pelbagai jenis kuih brownies, cheesekut dan coklat jar di facebook. Klik disini dan juga instagram "Familieslicious".

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum terlibat dengan sebarang kemudahan dan pengetahuan ICT, pendapatan beliau daripada perniagaan beliau sebulan sekitar RM1,500 tetapi selepas terdedah kepada ICT dan melibatkan diri di Pusat Internet Kg Seberang, gaji beliau meningkat lebih dari gaji beliau sebelum nya. Cara promosi juga terhad kepada hanya jualan direct selling dan facebook. Penggunaan Facebook Page belum lagi diapplikasikan. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas terlibat dengan PI1M, beliau mula mengikuti pelbagai kelas komputer dan mengikuti aktiviti-aktiviti serta program-program yang dijalankan oleh Pusat Internet Kg Seberang. Melalui PI, beliau terlibat dalam kursus asas pembangunan laman web ex. Weebly dan cara mempromosikan product-product atau peniagaan melalui laman sosial ex. facebook, instagram atau blog. 

PI membantu beliau mengembangkan perniagaan dengan mempromosikan produk-produk jualan beliau melalui Facebook, memberi kelas secara percuma kepada beliau, mengadakan kursus dan kelas-kelas yang berbentuk ICT kepada beliau dan juga komuniti yang lain dan menyediakan platform untuk beliau menjual Coklat Jar.

Melalui PI, beliau banyak mendapat pengetahuan menggunakan internet dan semakin mahir mempromosikan perniagaan beliau di Facebook. Pengalaman dan kemahiran yang beliau dapat daripada PI amat membantu dalam menambah pendapatan serta mencari peluang perniagaan yang lebih luas untuk masa hadapan.