BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama : Nur Farhanah Binti Mohd Sa'ed
Umur : 23 tahun
Ahli : 2015

 

Latar belakang

Nur Farhanah Binti Mohd Sa'ed berumur 23  tahun dan  tinggal di Jalan Allamanda , Lorong 3, Kampung Seberang Sarikei, Sarawak.  No telefon beliau adalah 014-5778096 dan beliau juga boleh dihubungi melalui applikasi watsapp. Nur Farhanah telah menjadi ahli  di PI Kg Seberang  sejak tahun 2015. Beliau merupakan seorang pelajar lepasan SPM tahun 2013 dan masih lagi menganggur.  

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum berkunjung ke PI1M, beliau belum menguasai dan belum lagi memiliki apa-apa sijil berkaitan dengan kemahiran komputer. Beliau juga tidak berapa tahu mengenai peralatan dan komponen komputer atau fungsi-fungsi setiap komponen komputer. Beliau hanya tahu menggunakan applikasi Ms Word secara asas sahaja dan tidak tahu cara penggunaan Ms Office dan Ms Excel.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah beliau berkunjung dan menghadiri kelas-kelas ICT yang dijalankan di PI Kg Seberang, beliau mula pandai menggunakan kesemua applikasi Ms Office secara lebih advance seperti mencipta poster menggunakan word, chart, table dan graf menggunakan excel dan juga menyediakan satu presentation slide menggunakan powerpint. Lebih-lebih lagi, beliau sekarang mempunyai sijil-sijil kemahiran ICT yang berguna untuk mendapatkan kerja pada masa akan datang.