HOSPITAL SARIKEI

Hospital Sarikei yang baru terletak di Jalan Rentap, iaitu kira-kira 6km dari pusat bandar. Ia mula dibina pada 1 Julai 2001 dan tanggal 15 Februari 2006 merupakan tarikh bermulanya hospital yang baru ini beroperasi dengan rasminya. Hospital ini merupakan pusat rujukan kesihatan yang dilengkapi dengan pelbagai infrastruktur yang lebih moden dan terkini.

Dengan keluasannya yang merangkumi 38 hektar, hospital ini dilengkapi dengan Kompleks Perubatan, Blok Perubatan, Blok Kediaman Kakitangan, Asrama Jururawat, Bangunan Perkhidmatan Sokongan, Gelanggang Permainan, Tempat Letak Kereta dan Tempat Mendarat Helikopter.

Hospital ini dilengkapi dengan 212 buah katil, namun di awal pembukaannya, hanya 112 buah katil sahaja beroperasi. Hospital ini dirancang di masa akan datang dapat menampung sebanyak 268 buah katil. Kini Hospital Sarikei telah beroperasi dengan 182 buah katil.

pakar hosp kecemasan

 

Hubungi Hospital Sarikei:

No. Tel : 084-653333

No. Faks: 084-653409

Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Web: http://hsarikei.moh.gov.my

 

 PHARMACY & KLINIK
 Reliance Pharmacy Klinik Doktor Wong
 William Pharmacy Klinik Doktor Law
 PMG Pharmacy Klinik Awang Ismail
DM Pharmacy Klinik Dr Chieng
  Sim's Medical Clinic