SARIKEI

KENALI SARIKEI

Sarikei adalah salah satu daripada 12 bahagian di sarawak,malaysia. Ia merupakan salah satu bahagian di Bahagian Ketiga dahulu, di mana ia mengandungi Sibu dan Kapit. Bahagian Sarikei mengandungi jumlah kawasan seluas 4,332.4 kilometer persegi, dan merupakan bahagian pentadbiran kedua terkecil di Sarawak. Sarikei terletak di antara Miri dan Kuching menjadikan Sarikei lokasi yang strategik bagi pelancong untuk singgah dan berehat sebentar.

MAP4

Ciri-ciri menarik yang unik terdapat di Sarikei adalah menara Nanas yang besar terletak di Terminal Express Sarikei bersebelahan Menara Jam. Manakala bangunan yang tertinggi terdapat di sarikei adalah bangunan Wisma Jubli Mutiara setinggi 10 tingkat. Dari segi pertanian, Sarikei terkenal dengan hasil pertanian Nanas yang manis berbanding daerah-daerah lain dan juga pengeluar Lada. 

PINEAPPLE1

KAMPUNG SEBERANG

Kampung Seberang merupakan sebuah kawasan penempatan Melayu yang telah mula diduduki sejak tahun 1998. Jambatan Sungai Sarawak pula merupakan penghubung antara Kampung Seberang dengan kawasan Bandar Sarikei.

 map1

 LEGEND1

PARLIMEN: P.206 TANJUNG MANIS

Ahli Parlimen: Y.B. Tuan Yusuf Bin Abd Wahab

DUN: N.41 KUALA RAJANG

Ahli DUN: Y.B. Datuk Len Talip Salleh

Pegawai Daerah: Encik Khalid Bin Andong

Penghulu: Encik Awang Ahmad Dawi Bin Ibrahim

Kategori Ketua Kampung: Kategori C

Nama: Tn Haji Bidin Bin Bong, Encik Abdul Forkan Bin Othman, Encik Awangku Anuar Pengiran Sulaiman, Encik Bohan Bin Kree

Pengerusi JKKK: Tn Hj Reduan Bin Nor, Tn Hj Ibrahim Bin Japar, Tn Hj Awang Semuni Awang Othman, Pn Hjh Hasnan Pengiran Arshad