Tarikh       : 22hb Jun 2017

Masa        : 9.00AM - 5.00PM

Lokasi      : Pusat Internet 1Malaysia Kg Seberang

Aktiviti    : Rakaman video "Tidak Pasti Jangan                          Kongsi"

Peserta      : 8

Tujuan

Sesi rakam video ini disertai oleh 8 peserta terdiri daripada 2 kumpulan. Terdapat 4 peserta dalam 1 kumpulan. Tujuan rakaman dan video tersebut adalah untuk menyebarkan kepada masyarakat setempat mengenai bahaya nya jika kita menyebarkan apa-apa berita yang kita tidak pasti atau pun palsu kerana ia akan menjejaskan mana-mana pihak tampa kita sedari. Ia juga untuk mempromosikan laman sesawang "Sebenarnya.my". 

Aktiviti
Para peserta belakon mengikuti skript yang telah diberikan kepada masing-masing. Setiap peserta ada peranan masing-masing yang telah ditetapkan. Hanya 2 video dibenarkan untuk dihantar menyertai pertandingan ini dan durasi video hendaklah tidak melebihi 3 minit. Dengan menjalankan aktiviti ini, peserta dapat belajar cara-cara untuk mengambil video secara profesional dan juga berlakon. Selain daripada itu, peserta juga dapat mengetahui cara-cara dan applikasi untuk mengedit video. Akhir sekali, para peserta juga dapat belajar dan mengetahui mengenai laman sosial "Sebenarnya.my". 

Link

Video Kumpulan 1

Video Kumpulan 2

 

Tarikh  : 25 & 26 Mei 2017

Masa     : 9.00AM - 5.00PM

Lokasi   : Pusat Internet 1Malaysia Kg Seberang

Aktiviti  : Saya Nak Duit Raya

Peserta : 30

Tujuan

Tujuan aktiviti tersebut diadakan adalah untuk mempromosi dan menambah keahlian baru PI1M Kg Seberang dengan mengadakan peraduan seperti "Peraduan Saya Nak Duit Raya" kerana hanya Ahli PI1M saja yang layak menyertai dimana mereka harus menggunakan applikasi Dashboard jadi mana-mana pihak yang ingin menyertai hendaklah menjadi ahli PI1M terlebih dahulu.

Aktiviti

Bebrapa minggu yang lalu pihak PI1M telah menganjurkan peraduan "Saya Nak Duit Raya" menggunakan applikasi Dashboard iaitu ahli-ahli PI1M hendaklah LOGIN dan SCREENSHOT gambar yang pihak pengurusan telah upload dan hantar ke Facebook PI1M. Peraduan tersebut mendapat sambutan yang memberangsangkan dan dalam masa yang sama dapat menarik minat dan mendedahkan masyarakat setempat untuk menggunakan applikasi Dashboard. 

peraduan

peraduan1

Tarikh  : 25 & 26 Mei 2017

Masa     : 9.00AM - 5.00PM

Lokasi   : Pusat Internet 1Malaysia Kg Seberang

Aktiviti  : Video Ucapan Selamat Hari Raya

Peserta : 8

Tujuan

Tujuan aktiviti tersebut diadakan adalah untuk mempromosi dan menambah keahlian baru PI1M Kg Seberang dengan mengadakan aktiviti bersama-sama ahli PI1M. Dalam masa yang sama, ia juga dapat menarik minat dan juga mempromosikan laman portal PI1M Kg Seberang dan juga Facebook PI1M Kg Seberang. Begitu juga dengan penggunaan perkhidmatan yang lain disediakan di PI1M Kg Seberang sebagai contoh "VIDEOGRAPHY". Jika terdapat apa-apa kerja khusus atau usahawan yang ingin mencipta video mengenai produk-produk mereka, Pihak PI1M dapat membantu untuk mencipta video yang ringkas untuk mempromosikan dan mengembangkan kerjaya mereka.

Aktiviti

Mengambil video bersama-sama ahli Pusat Internet 1Malaysia Kg Seberang sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2017. 

Link

Video Ucapan Selamat Hari Raya

Back...

 

 

Tarikh       : 18 Mac 2017

Masa        : 2.00PM - 5.00PM

Lokasi      : Pusat Internet 1Malaysia Kg Seberang

Aktiviti    : Kursus Komputer Ms Word

Peserta      : 7

Tujuan

Daripada mengikuti kelas tersebut, terdapat pelbagai kelebihan dan pengetahuan dapat diperolehi seperti cara-cara mengunakan fungsi-fungsi asas Microsoft Word, kunci jalan pintas yang dapat menyenangkan dan mencepatkan kerja-kerja, cara membuat surat rasmi dan tidak rasmi menggunakan MS Word, membuat table, graf atau data mengunakan kemudahan yang disediakan didalam MS Word tersebut dll. Dengan mengetahui asas penggunaan MS Word, semua kerja-kerja menjadi lebih cepat, kemas, teratur dan juga lebih profesional. 

Aktiviti

Para peserta didedahkan dengan penggunaan Ms Word dan juga cara-cara penggunaan yang betul.  

Tarikh  : 19 Mac 2017

Masa     : 10.00AM - 12.00T/H

Lokasi   : Pusat Internet 1Malaysia Kg Seberang

Aktiviti  : Klik Dengan Bijak

Peserta : 9

Tujuan

Klik Dengan Bijak mendidik para peserta tentang penggunaan ICT dan internet dengan betul dan bakal memberi impak yang positif kepada pengguna. Para peserta didedahkan dengan beberapa konten mengenai ICT daripada video-video dan juga beberapa bahan rujukan. Selain daripada itu, para peserta terdedah dengan kesan-kesan negatif dan positif akibat penggunaan internet yang betul dan salah. Dengan nya pengetahuan ini, mereka dapat mengelakan daripada berlaku perkara yang tidak diingini seperti di "Hack", "Scam", "Spam" dll. 

Aktiviti

Tarikh  : 19 Mac 2017

Masa     : 2.30PM - 5.00PM

Lokasi   : Pusat Internet 1Malaysia Kg Seberang

Aktiviti  : Kursus Komputer Ms Excel

Peserta : 4

Tujuan

kelas MS Excel mendidik peserta asas-asas penggunaan MS Excel serta shortcut yang dapat digunakan untuk mencepatkan lagi kerja-kerja dan memudahkan. Para peserta didedahkan mengenai setiap fungsi-fungsi yang dapat digunakan serta maksud setiap icon terdapat di paparan utama MS Excel. Selain dari itu, mereka juga belajar cara menggunakan fungsi graf dan pie chart. Tambahan itu, mereka juga terdedah dengan cara penggunaan Formula yang amat penting jika hendak membuat pengiraan secara automatik dan cepat. Asas-asas MS Excel terdiri daripada cara membuat table, merge cell dan row, filter dll.

Aktiviti

Tarikh  : 22 Mac 2017

Masa     : 2.00PM - 5.00PM

Lokasi   : Pusat Internet 1Malaysia Kg Seberang

Aktiviti  :Kursus Intel Easy Steps

Peserta : 3

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh 3 orang penduduk tetap Kg Seberang. Kelas ini dijalankan untuk mendidik peserta dengan penggunaan Microsoft Office seperti Words, Excel dan juga Powerpoint secara menyeluruh. Selain daripada itu, peserta juga didedahkan dengan cara-cara penggunaan internet yang betul dan sihat. Ia juga dapat mendidik pelajar supaya sentiasa berwaspada semasa menggunakan internet kerana penggunaan internet yang salah dapat mengakibatkan masaalah yang besar kepada diri sendiri dan orang lain. 

Aktiviti

Para peserta dikehendaki menyertai 2 sesi kelas iaitu pada hari Sabtu dan Ahad dan menghabiskan kesemua 10 Modul Intel di dalam Bilik Latihan Pusat Internet 1Malaysia Kg Seberang. Pada penghujung setiap modul, para peserta dikehendaki menjawab beberapa soalan mengenai modul yang telah dipelajari pada hari tersebut. Terdapat juga tugasan dan aktiviti ringkas diadakan untuk memastikan para peserta tertarik dengan pada kursus yang telah dijalankan. Pada penghujung modul, para peserta akan diberikan sijil penyertaan. 

 

Tarikh  : 25 Mac 2017

Masa     : 2.00PM - 5.00PM

Lokasi   : Pusat Internet 1Malaysia Kg Seberang

Aktiviti  : Kursus Komputer Ms Powerpoint

Peserta : 8

Tujuan

Kelebihan daripada menyertai kelas MS Powerpoint adalah, peserta dapat mempelajari cara-cara membuat presentasi dalam bentuk slide-slide, menambah audio, video, gambar dan animasi ke dalam presentasi membuatkan presentasi menjadi lebih menarik dan dapat menarik perhatian para pendengar. Selain dari itu, peserta dapat mempermudahkan dalam mengatur atau mencetak slide dan dapat membuat presentasi dalam bentuk softcopy menjadikan ia mudah di dapati dan di kongsi dengan sesiapa sahaja. 

Aktiviti 

Back...

DISEMBER 2016

Sarikei, 11 Disember 2016 - Pusat Internet 1Malaysia Kampung Seberang berjaya menjalankan aktiviti-aktiviti ringkas tetapi menarik dan penuh bermakna bersama komuniti-komuniti Kampung Seberang pada pukul 11.00 pagi sehingga 4.00 petang, hari Isnin. Jenis-jenis aktiviti yang dijalankan adalah seperti -

    1. Pertandingan mewarna
    2. Pertandingan menaip
    3. Ceramah Klik Dengan Bijak
    4. Kuiz Dengan Bijak

 

Tujuan aktiviti ini dijalankan untuk megisi masa lapang perlajar semasa musim cuti sekolah. Dalam masa yang sama, Ia juga dapat memberi kesedaran kepada penggunaan internet yang betul dan akibat penggunaan internet dalam masa yang panjang boleh membawa kesan sampingan yang negatif kepada para pelajar/ pengguna. Selain daripada itu, Ia juga dapat mengurangkan ketagihan permainan online ex. facebook, twitter, youtube, online games dikalangan para pelajar dan yang terakhir adalah untuk pemupuk dan meningkatkan minat para pelajar untuk bekunjung ke Pusat Internet 1Malaysia Kampung Seberang lebih kerap lagi. 

Kebaikan atau kelebihan daripada aktiviti yang telah dianjurkan oleh pihak PI1M Kg Seberang adalah menerap nilai-nilai positif penggunaan apklikasi online dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah. Selain itu, Ia juga dapat memberi kesedaran dan pengetahuan mengenai kesan-kesan negatif akibat bermain internet terlalu lama. Dalam masa yang sama, aktiviti tersebut dapat juga mendidik peserta untuk mengunakan aplikasi seperti Paint dan Adobe Photoshop untuk mewarna dan juga melatih jari-jemari menaip dengan pantas dan tepat. 

Peserta yang bertuah dapat menyertai aktiviti-aktiviti terdiri daripada:-

    1. Dayang Azhany Binti Abang Jefry
    2. Awang Ku Izran Bin Awang Ku Ali
    3. Awangku Muhafiz Haikal Bin Awangko Bolkiah
    4. Muhammad Afiq Faridzul Bin Hamka
    5. Mohammad Adzul Haqeem Bin Mohd Naidzul
    6. Mohd Kamalludin Bin Eswandi
    7. Mastika Binti Buhordeen Ali
    8. Mohd Nur Fitri Bin Baharuddin
    9. Irwansyah Bin Abdullah
    10. Kamal Azzuan Bin Abdullah
    11. Muhammad Hamizan Bin Rajaya
    12. Hairul Bin Amat
    13. Ashraf Shazwan Bin Hairul
    14. Joyce Ahing @ Norhayati Binti Abdullah
    15. Mohd Ainul Irfan Bin Niman Shafiee
    16. Mohd Afif Muazzim Bin Niman
    17. Arfan Ssaifullah Bin Khairul

 

Jika diberi peluang pada masa akan datang, Pihak PI1M Kg Seberang mungkin akan mengadakan lagi aktiviti-aktiviti seperti ini bersama-sama dengan komuniti Kampung Seberang, Pelbagai aktiviti yang lebih menarik dan mencabar akan di tambah jadi diharap lebih ramai peserta yang akan menghadiri dan menyertai pada masa hadapan.

Back...