Tarikh : 18 December 2017
Masa : 7.00 pagi - 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Kg Seberang
Peserta : 20 orang
Tujuan 
Program Agrobazaaar Online anjurana FAMA ini bertujuan untuk membuka peluang kepada usahawan dan petani menjual produk-produk mereka di internet menggunakan kemudahan laman web "Agrobazaar". 
   
Aktiviti 
Para peserta dikehendaki membuka laman web "Agrobazaar" dan mencipta log in id sendiri untuk membuka kedai mereka di dalam internet. Peserta dikehendaki mencipta logo dan memasukkan produk-produk kedalam kedai mereka sendiri dan mengatur kedai sendiri seperti lokasi jualan, alamat, jenis jualan dll. 

 Gambar Disini

 

 

 

Tarikh : 12 December 2017
Masa : 8.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Kg Seberang
Peserta : 10 orang
Tujuan 
Kelas ini dihadiri oleh 10 peserta wanita. Kelas Makeup basic simple & sweet bertujuan untuk mendedahkan para peserta cara-cara untuk menggunakan makeup dalam kehidupan harian. Kelas ini diadakan untuk mengeratkan silraturahim dan menggunakan kemudahan yang PI1M sediakan.
   
Aktiviti 
Para peserta diajar cara-cara untuk menggunakan makeup yang telah disediakan oleh penganjur kepada peserta dan mengajar peserta sehingga mereka dapat makeup muka mereka sendiri dengan betul dan cantik. 

Gambar Disini

Tarikh : 26 November 2017
Masa : 2.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Kg Seberang
Peserta : 20 orang
Tujuan 
Kelas ini dihadiri oleh 20 orang peserta. Pihak yang menganjurkan adalah guru-guru tadika yang ingin mempelajari cara-cara penggunaan Ms Powerpoint yang selalu kita gunakan dalam kerja-kerja harian. Ms powerpint sangat-sangat berguna untuk membuat slide presentation yang dapat digunakan untuk mendidik anak murid ataupun membuat persembahan. 
   
Aktiviti 
Para peserta diajar cara-cara untuk menggunakan Ms Powerpint dengan cara dan teknik yang betul. Setiap peserta dikendaki mengikuti apa yang telah diajar dan membuat sendiri projek tersebut. Setelah siap, hasil tersebut akan diperiksa. 

 

 

Tarikh : 4,5 & 7 December 2017
Masa : 8.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Kg Seberang
Peserta : 8 orang
Tujuan 
Kelas ini dihadiri oleh 8 orang peserta daripada pelajar Sekolah rendah dan Sekolah menengah. Kem ICT ini dijalankan bertujuan untuk mendedahkan pelajar sekolah kepada cara-cara menggunakan Microsoft office dalam mengerjakan kerja-kerja harian. 
   
Aktiviti 
Para peserta diajar cara-cara untuk menggunakan Microsoft Office dengan cara dan teknik yang betul. Setiap peserta dikendaki mengikuti apa yang telah diajar dan membuat sendiri projek tersebut. Setelah siap, hasil tersebut akan diperiksa. 

 Gambar Disini

Tarikh : 21 November 2017
Masa : 2.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Kg Seberang
Peserta : 12 orang
Tujuan 
Aktiviti ini dijalankan adalah sebagai hiburan untuk lepasan sekolah yang baru sahaja habis menjalani peperiksaan SPM dan juga pelajar yang tengah bercuti. Dalam masa yang sama dapat mempelajari bahasa english dan bahasa melayu. Aktiviti seperti ini secara tidak langsung dapat menarik minat belia-belia untuk lebih kerap melawati PI1M dan secara tidak langsung mempromosikan PI1M kepada rakan-rakan yang lain.
   
Aktiviti 
Menggunakan Projector PI1M untuk menyiarkan wayang bahasa melayu/ english yang terkini dan mempunyai nilai-nilai bersifatkan education untuk tontonan para-para peserta.