Tarikh : 25 Januari 2018
Masa : 2.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Kg Seberang
Peserta : 22 orang
Tujuan 
Kelas ini dihadiri oleh 22 peserta terdiri daripada guru tadika perpaduan sarikei. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengajar peserta cara-cara penggunaan email kerja dengan betul dan professional. Bagi peserta yang belum ada email, mereka dikehendaki untuk mencipta email sendiri sehingga selesai. 
   
Aktiviti 
Menggunakan computer yang disediakan di PI1M Kg Seberang, para peserta mendengar arahan dan ajaran daripada tenaga pengajar mengenai cara-cara menggunakan email dengan cara yang betul dan profesional. Bagi peserta yang belum menbuat email, mereka hendaklah membuat email sendiri sehingga selesai. 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh : 21 Januari 2018
Masa : 2.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Kg Seberang
Peserta : 5 orang
Tujuan 
Kelas ini dihadiri oleh 5 peserta terdiri daripada usahawan yang berminat untuk mempelajari cara-cara membuat pelbagai jenis roti-roti yang lembut dan sedap. Peserta juga berpeluang untuk mempelajari cara membuat nasi arab dan menghias kek. 
   
Aktiviti 
Para peserta diajar cara-cara membuat roti daripada kasar menggunakan pelbagai bahan-bahan yang telah disediakan. Para peserta mengikuti cara-cara step by step yang diajar sehingga lah mereka mahir dan semua produk-produk yang telah siap akan dibawa balik ke rumah. 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh : 12 Januari 2018
Masa : 2.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Kg Seberang
Peserta : 8 orang
Tujuan 
Kelas ini dihadiri oleh 8 peserta terdiri daripada lepasan SPM dan individu yang ingin mencari kerja. Kelas ini bertujuan untuk mendedah kan peserta terhadap medium untuk mencipta resume yang cantik dan menarik selain daripada menggunakan Ms Word.
   
Aktiviti 
Para peserta diajar cara-cara membuat resume sendiri menggunakan applikasi Canva melalui computer dan setelah siap resume tersebut, ia akan diprint dan dapat digunakan serta merta.

 Gambar Disini

Tarikh : 14 Januari 2018
Masa : 2.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Kg Seberang
Peserta : 4 orang
Tujuan 
Kelas ini dihadiri oleh 4 peserta terdiri daripada wanita dan usahawan yang menggunakan facebook sebagai medium untuk menjual produk-produk jualan mereka. Peserta digalakkan untuk mencipta facebook page selain menggunakan facebook peribadi sebagai medium jualan produk.
   
Aktiviti 
Para peserta diajar cara-cara membuat page facebook untuk para peserta gunakan sebagai medium untuk jualan produk-produk mereka sendiri selain daripada menggunakan personal facebook. Terdapat pelbagai fungsi-fungsi yang menarik dapat digunakan. 

 

 

 

 

 

 

Tarikh : 24 December 2017
Masa : 2.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Kg Seberang
Peserta : 14 orang
Tujuan 
Tayangan filem ini dihadiri oleh 14 orang peserta tergolong daripada pelajar sekolah rendah. Cerita yang ditonton merupaka cerita melayu yang mempunyai nilai-nilai unsur pengajaran kepada peserta. Dalam masa yang sama, untuk menggunakan kemudahan yang terdapat di PI1M dan mengeratkan silraturahim sesama kawan-kawan. 
   
Aktiviti 
Para peserta menonton filem yang disiar kan menggunakan projector kepada screen projector. Filem disiarkan selama 2 jam lebih.