Tarikh : 24 Mac 2018
Masa : 8.00 pagi - 3.00 petang
Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Kg Seberang
Peserta : 9 orang
Tujuan 
Kelas ini dihadiri oleh 9 peserta terdiri daripada golongan wanita dan usahawan. Tujuan kelas diadakan adalah untuk mendidik para peserta cara-cara untuk menbuat bun dan kek. Dalam masa yang sama, peserta didedahkan dengan cara menghias kek agar kelihatan cantik. 
   
Aktiviti 
Menggunakan bahan-bahan yang telah disediakan oleh tenaga pengajar, peserta mengikut arahan pengajar daripada step awal hingga lah doh tersebut masuk kedalam oven. Hasil yang telah siap akan dibawa balik oleh peserta. 

 

Tarikh : 13,14 & 15 Mac 2018
Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi
Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Kg Seberang
Peserta : 12 orang
Tujuan 
Latihan ini dihadiri sebanyak 12 peserta terdiri daripada lepasan sekolah dan warga emas. Tujuan latihan diberi adalah untuk mengkaji kadar pembelajaran yang telah dilaksanakan dalam tempoh masa 3 minggu. 
   
Aktiviti 
Tenaga pengajar memberi beberapa latihan kepada peserta dari segi Ms Word, Ms Excel dan juga Ms Powerpoint dan peserta hendaklah menyelesaikan setiap latihan diberikan. 

 Gambar Disini

Tarikh : 8  Mac 2018
Masa : 2.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Kg Seberang
Peserta : 22 orang
Tujuan 
Kelas ini dihadiri sebanyak 22 peserta terdiri daripada guru-guru tadika perpaduan sarikei. Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk mengajar peserta cara menggunakan Applikasi online "Canva" untuk mencipta satu Yearbook bagi tadika masing-masing. 
   
Aktiviti 
Tenaga pengajar mengajar cara menggunakan applikasi Canva untuk mencipta satu Yearbook bagi tadika masing-masing. Setiap peserta hendaklah siap satu yearbook yang ringkas dan membentangkan ia dihadapan bagi peserta lain melihat. 

 Gambar Disini

Tarikh : 12 Mac 2018
Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi
Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Kg Seberang
Peserta : 12 orang
Tujuan 
Kelas ini dihadiri sebanyak 12 peserta terdiri daripada lepasan sekolah dan warga emas. Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk mengajar peserta cara menggunakan Ms Powerpoint dan dalam masa yang sama menggunakan Ms Powerpoint sebagai satu medium untuk membuat presentation semasa menlanjutkan pengajian ke universiti atau semasa bekerja. 
   
Aktiviti 
Tenaga pengajar mengajar cara menggunakan Ms Powerpoint seperti mencipta slide baru, membuat link, meletak gambar-gambar dll. Selepas selesai kelas mengajar, para peserta dikehendaki untuk mencipta satu presentation yang ringkas dan menggunakan tools yang telah diajar. 

 Gambar Disini

Tarikh : 7  Mac 2018
Masa : 2.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Kg Seberang
Peserta : 22 orang
Tujuan 
Kelas ini dihadiri sebanyak 22 peserta terdiri daripada guru-guru tadika perpaduan sarikei. Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk mengajar peserta cara menggunakan Ms Powerpoint dan dalam masa yang sama menggunakan Ms Powerpoint sebagai salah satu medium baru untuk mengajar murid-murid di tadika. 
   
Aktiviti 
Tenaga pengajar mengajar cara menggunakan Ms Powerpoint seperti mencipta slide baru, membuat link, meletak gambar-gambar dll. Selepas selesai kelas mengajar, para peserta dikehendaki untuk mencipta satu presentation yang ringkas dan menggunakan tools yang telah diajar.