Tarikh : 12 Mei 2018
Masa : 2.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Kg Seberang
Peserta : 10 orang
Tujuan 
Kelas ini dihadiri oleh 10 peserta terdiri daripada golongan wanita dan usahawan. Tujuan kelas diadakan adalah untuk mendidik para peserta cara-cara untuk menggunakan peralatan kecantikan sebagai kegunaan pesendirian atau terhadap pelanggan.
   
Aktiviti 
Menggunakan bahan-bahan yang telah disediakan oleh tenaga pengajar, peserta mengikut arahan pengajar cara-cara penggunaan dan teknik yang betul serta mengenalkan jenis-jenis makeup yang berkualiti dan bagus.

 Gambar Disini

 

Tarikh : 23, 24 & 25 April 2018
Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi
Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Kg Seberang
Peserta : 1 orang
Tujuan 
Latihan ini dihadiri sebanyak 1 peserta terdiri daripada lepasan sekolah. Tujuan latihan diberi adalah untuk mengkaji kadar pembelajaran yang telah dilaksanakan dalam tempoh masa 3 hari.
   
Aktiviti 
Tenaga pengajar memberi beberapa latihan kepada peserta dari segi Ms Word, Ms Excel dan juga Ms Powerpoint dan peserta hendaklah menyelesaikan setiap latihan diberikan. 

 

Tarikh : 14 April 2018
Masa : 8.00 pagi - 3.00 petang
Lokasi : Pi1m Kg Seberang
Peserta : 4 orang
Tujuan 
Kelas ini dihadiri oleh 9 peserta terdiri daripada golongan wanita dan usahawan. Tujuan kelas diadakan adalah untuk mendidik para peserta cara-cara untuk menbuat bun dan kek. Dalam masa yang sama, peserta didedahkan dengan cara menghias kek agar kelihatan cantik.
   
Aktiviti 
Menggunakan bahan-bahan yang telah disediakan oleh tenaga pengajar, peserta mengikut arahan pengajar daripada step awal hingga lah doh tersebut masuk kedalam oven. Hasil yang telah siap akan dibawa balik oleh peserta. 

 

 

Tarikh : 21 & 22 April 2018
Masa : 2.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Kg Seberang
Peserta : 4 orang
Tujuan 
Kelas ini dihadiri oleh 4 peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Tujuan kelas ini diadakan untuk melahirkan usahawan muda dan dalam masa yang sama untuk mengasah minat terhadap menjahit menggunakan bahan felt. Aktiviti ini dapat menjana pendapatan kepada usahawan muda tersebut. 
   
Aktiviti 
Bengkel ini dijalankan selama sebulan dimana setiap minggu, peserta akan diajar cara step by step untuk mencipta produk-produk jahitan menggunakan felt seperti patung dan bantal kecil. Produk yang telah dijahit akan dijadikan jualan dan hasil pendapatan akan diserahkan kepada peserta 100%. 

 

Tarikh : 13, 14 & 15 April 2018
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Lokasi : Dewan Suarah Sarikei
Peserta : 20 orang
Tujuan 
Kempen E-Waste disertai seramai 20 orang pelawat yang hadir ke Dewan Suarah Sarikei. Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada para pengunjung mengenai program e-waste dan cara-cara untuk melupuskan barangan elektronik dengan cara yang betul dan selamat.
   
Aktiviti 
Peserta dikehendaki membawa barangan elektronik masing-masing yang telah rosak dan tidak dapat digunakan lagi seperti telefon bimbit.