Tarikh : 27 Februari 2019
Masa : 2.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Seberang
Peserta : 22 orang
Tujuan 
Kelas ini bertujuan untuk mengajar peserta cara menggunakan Movie Maker untuk menghasilkan video bagi kegunaan Tadika masing-masing. Movie Maker adalah salah satu program yang terdapat didalam komputer dan senang untuk digunakan.
   
Aktiviti 
Peserta diberikan kertas arahan cara-cara dan juga fungsi yang terdapat di dalam Movie Maker. Pada masa yang sama, tenaga pengajar menunjuk satu persatu dihadapan dan menerangkan kepada peserta agar mereka faham. Dipenghujung kelas, peserta dikehendaki mengedit satu video dan menunjukan hasil tersebut kepada seluruh kelas.