Tarikh : 29 September 2018
Masa : 9.00 pagi - 3.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Seberang
Peserta : 8 orang
Tujuan 
Kelas ini bertujuan untuk mengajar peserta cara untuk membuat pelbagai jenis pastry seperti egg tart, cheese tart, fruit tart dan ect. Dengan apa yang dipelajari, ia dapat dijadikan sebagai pendapatan bagi usahawan dan juga bagi pengetahuan umum bagi bukan usahawan.
   
Aktiviti 
Peserta diberikan bahan-bahan untuk membuat tart dan hanya perlu mengikuti apa yang diajar oleh cikgu. Peserta akan diajar secara berkumpulan dan mengikut step by step. Hasil yang jadi dan selesai dibakar akan dibawa balik oleh peserta. 

 Gambar Disini

Tarikh : 23-24 September 2018
Masa : 2.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Seberang
Peserta : 2 orang
Tujuan 
Kelas ICT ini bertujuan untuk mendidik peserta cara untuk menggunakan Ms Office seperti MS Excel, Word dan Powerpoint. Peserta juga berpeluang untuk belajar cara menggunakan Adobe Photoshop. 
   
Aktiviti 
Dalam masa 2 hari, peserta diajar cara untuk menggunakan Ms Office. Sedikit latihan diberikan agar peserta lebih memahami tools yang terdapat di dalam Ms Office dan cara untuk menggunakan ia dengan betul. Selain dari itu, peserta juga dapat menggunakan applikasi Adobe Photoshop dan mempelajari cara untuk mengedit gambar. 

 Gambar Disini

 

 

Tarikh : 25-26 September 2018
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Lokasi : Dewan Serbaguna Kg Seberang
Peserta : 40 orang
Tujuan 
Program ini dijalankan bertujuan untuk mengajar peserta cara-cara untuk menghasilkan mee kuning menggunakan mesin-mesin yang disediakan. Peserta berpeluang untuk mempelajari step by step cara untuk membuat mee sendiri dan dapat dijadikan sebagai sumber pendapatan daripada hasil jualan mee. 
   
Aktiviti 
Program ini dijalankan selama 2 hari dan peserta di beri sedikit taklimat dan ceramah sepanjang program. Peserta di ajar cara-cara untuk menguli doh terlebih dahulu. kemudian cara untuk menggunakan mesin membuat mee dan akhirkan cara-cara untuk menyimpan atau memasak mee. 

 Gambar Disini

Tarikh : 25 September 2018
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Seberang
Peserta : 16 orang
Tujuan 
Lawatan ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar sekolah rendah dari pendalaman untuk mengenali dan menggunakan komputer/ internet yang terdapat di Pusat Internet. Dalam masa yang sama memberi sedikit pengajaran mengenai cara sihat menggunakan internet dan keburukan internet. 
   
Aktiviti 
16 pelajar daripada Sk Ng Lasi diberi sedikit taklimat dan ceramah berkaitan komputer dan internet. Pelajar bebas untuk menggunakan komputer dan belajar cara-cara untuk menggunakan komputer dengan betul dan cara untuk melayari internet. 

 Gambar Disini

 

Tarikh : 22 September 2018
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Lokasi : Dewan Serbaguna Kg Seberang
Peserta : 30 orang
Tujuan 
Program ini dijalankan untuk mengeratkan silatulrahim sesama umat islam dan memberi sumbangan untuk meringankan beban bagi warga emas. Dalam masa yang sama memberi pendedahan berkaitan teknologi dan pusat internet. 
   
Aktiviti 
Aktiviti yang dijalankan seperti ceramah, pemberian sumbangan kepada warga emas dan juga pendedahan KDB mengenai internet dan teknologi semasa.

 Gambar Disini